http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp

PENGUMUMAN

Assalamualaikum wbrt.

Kepada pesakit-pesakit dan orang ramai yang kami hormati,

Kami ingin memaklumkan bahawa mulai 15 January 2011, klinik Perubatan Syifa Al-Hidayah akan bertukar operasi dibawah organisasi baru iaitu

PUSAT RAWATAN ISLAM AL-HIDAYAH

Memandangkan permintaan pesakit yang sangat ramai, waktu urusan klinik baru ini akan ditukar mengikut waktu masa bekerja iaitu dari 9 pagi hingga 5 petang dari hari Isnin hingga Jumaat. Klinik akan buka pada waktu malam dari jam 9 malam hingga 11.30 malam dari hari Isnin hingga Khamis sahaja.

Jadual rawatan di cawangan-cawangan klinik kami di luar Lembah Klang yang kami lawati sebulan sekali atau dua bulan sekali adalah sama seperti sediakala. Pada masa ini cawangan-cawangan klinik kami ada di bandar-bandar berikut – Melaka, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Dengan perlaksanaan jadual operasi klinik yang baru ini kami perlu menjalankan perkhidmatan perubatan sepenuh masa. Dengan itu kami akan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan yang diberi bagi menampung kos pengendalian klinik dan sara hidup keluarga kami, memandangkan kami tiada lagi bekerja sepenuh masa seperti dahulu.

Bayaran perkhidmatan untuk setiap pesakit untuk satu rawatan di klinik Gombak dan di klinik cawangan-cawangan di luar Lembah Klang adalah sebanyak RM50. Sebanyak 20% dari bayaran perkhidmatan ini akan disalurkan kepada Tabung Pembinaan Rumah Anak Yatim Nur Hidayah.

Kami harap dengan perubahan jadual klinik dan penglibatan kami sepenuh masa di klinik ini dapat meningkatkan perkhidmatan dan juga mempercepatkan lagi jadual temujanji pesakit. Harap maklum.

Sekian terima kasih.

Hj. Lokman dan Mohd Ashraf Muslim
2 Januari 2011

Advertisement

About nashron

Predeo
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s